GOTONG ROYONG PERDANA PART 11 SEMPENA HARI GURU
Alhamdulillah sekali lagi SKC berjaya menganjurkan Gotong Royong Perdana pada 15 Mei 2010...kali ini gotong royong diadakan sempena Sambutan Hari Guru...
Gotong royong kali ini disertai oleh Guru, Pekerja Sekolah dan pelajar Tahun 3-6. Guru-guru dan pekerja sekolah membersihkan kawasan sekolah sambungan dari gotong royong part 1..
Pelajar pula membersihkan kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6..
Guru wanita membersihkan Bilik Guru sementara pekerja pejabat sekolah membersihkan Pejabat Sekolah..
Gotong Royong bermula pada puku 8.30 dan berakhir pada pukul 11.00 pagi..sebelum pulang guru, pekerja dan pelajar sempat menjamah bihun goreng dan air teh o ais yang disediakan oleh pekerja dan staf sekolah yang di ketuai oleh Pn.Halimah (PK 1)..
Terima Kasih buat semua yang terlibat..Semoga SKC terus ceria sentiasa...
No comments:
Post a Comment